You are here
berita 

2 maut digilis lori dekat Tesco Ampang

Mayat Muhammad Shaqil Anwar Hamzah dan rakannya, Mohammad Ariffin Billah Mohamed Nazir yang meninggal dunia di tempat kejadian setelah digilis oleh lori di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Tesco Ampang, petang semalam. – UTUSAN ONLINE/IHSAN MEDIA SOSIAL

AMPANG 3 Dis. – Dua rakan sekerja maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabas sebelum digilis lori dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berhampiran Tesco Ampang, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 6.25 petang itu mangsa, Muhammad Shaqil Anwar Hamzah, 21, dan Mohammad Ariffin Billah Mohamed Nazir, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, kemalangan itu berlaku selepas motosikal jenis Yamaha 125Z ditunggangi mereka hilang kawalan akibat terlanggar sebuah kereta Perodua Alza.

“Akibat daripada insiden itu kedua-dua mangsa terjatuh di lorong tengah lebuh raya sebelum digilis lori terbabit. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Hamzah berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada anggota keluarga untuk urusan pengebumian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Quote:



– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/naha….u1knsbpj.dpuf

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts