You are here
berita 

2 lelaki terbabit 54 tuduhan sindiket pelacuran melalui wechat

Quote:

Kuala Lumpur: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 54 pertuduhan terbabit dalam sindiket pelacuran membabitkan 14 wanita menerusi aplikasi ‘Wechat’, tahun lalu

Tertuduh, Khairul Azzuar Yusoof, 28, dan Mohyuddin Ahmad Fajaruddin, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary

Selepas prosiding tamat, kedua-dua tertuduh dilihat menangis teresak-esak ketika dihampiri keluarga masing-masing

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi orang tengah dan hidup daripada aktiviti persundalan 14 mangsa berusia antara 16 hingga 41 tahun termasuk dua remaja bawah umur dan dua wanita warga Indonesia

Kedua-duanya berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 6 April ini sebagai sebutan semula kes

http://www.hmetro.com.my/node/211873


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts