You are here
berita 

2 jet pejuang dikerah pintas pesawat Jet Airways lepas terputus hubungan

– Foto http://indiatoday.intoday.in


BERLIN: Penumpang pesawat Jet Airways berhadapan saat mencemaskan berikutan masalah komunikasi ketika berada di ruang udara Jerman, hingga memaksa jet pejuang dikerah ke lokasi untuk memintas pesawat itu.

Difahamkan, kejadian yang berlaku Khamis lalu itu, membabitkan pesawat yang membawa 330 penumpang dan ia dilaporkan dalam perjalanan menuju ke London dari Mumbai, India.

Berikutan kejadian itu juga, kru kokpit ditahan buat sementara waktu akibat kesilapan memilih frekuensi radio yang menyebabkan mereka terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara.

Dua jet Eurofighter Typhoon milik tentera udara Jerman terpaksa dihantar bagi memintas pesawat itu selepas menara kawalan udara gagal menyambung komunikasi dengan pesawat terbabit.

Bagaimanapun, seorang pegawai berkata, komunikasi berjaya disambung ketika jet pejuang sudah berada di udara.

“Komunikasi antara penerbangan 9W 118 pesawat Jet Airways dari Mumbai ke Lapangan Terbang Heathrow di London dan kawalan trafik udara tempatan terputus ketika berada di ruang udara Jerman.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, tentera udara Jerman menghantar jet pejuang untuk memastikan keselamatan pesawat dan penumpang. Ia mendarat di London dengan selamat,” syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. – AGENSI

http://www.bharian.com.my/node/250560

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts