You are here
berita 

2 gadis IPTA di Melaka antara didakwa miliki ganja

Empat penuntut Universiti Awam di Melaka, didakwa di Mahkamah Majistret Melaka kerana memiliki ganja tahun lalu. FOTO Zuhairi Zuber

Melaka: Empat penuntut Universiti Awam di sini, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana memiliki ganja tahun lalu.

Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh Nurul Amira Abdullah, 23; Iman Batrisyia Shamsulkamar, 21; Ahmad Yaseer Bahrin, 21; Muhammad Al Ameen Abd Azeez, 21; mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan bersama oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa memiliki dadah jenis kanabis (ganja) dengan berat bersih 0.16 gram yang disenarai di Bahagian I dan II jadual pertama Akta dadah Berbahaya 1952, pada jam 4.15 petang, 18 April 2016 di sebuah pangsapuri di Jalan Pelanduk Putih, di sini.

Justeru, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-dua sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria mencadangkan jaminan RM3,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Namun, Peguam Bela tertuduh James Thanjong Tuan merayu jaminan yang rendah kerana anak guam masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Norina kemudian menawarkan keempat-empat tertuduh jaminan RM1,700 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Beliau turut menetapkan 12 Mei depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

http://www.hmetro.com.my/node/219355

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts