You are here
berita 

2 ekor kambing tersekat kepala dalam satu tong plastik

Nepal: Kejadian melucukan ini berlaku di Lalitpur baru-baru ini, apabila dua kambing tersangkut kepala mereka dalam satu tong plastik, mungkin untuk makan sesuatu di dalam bekas itu.

Akibatnya kedua-dua kambing itu terpaksa bergerak bersama-sama tanpa dapat melihat sehinggalah ada seorang penduduk melalui kawasan itu dan ternampak kejadian berkenaan.

Lelaki yang baik hati itu kemudian mengeluarkan kepala kambing terbabit dari bekas berkenaan.

Walapun agak sukar pada mulanya namun akhirnya dia berjaya ‘membebaskan’ kepala dua kambing berkenaan.

Tidak dapat dipastikan berapa lama dua kambing terbabit tersangkut dalam tong berkenaan sebelum dilepaskan.

http://www.hmetro.com.my/node/202463

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts