You are here
berita 

157 RBN siap dibina

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. – Foto NSTP/Edmund Samun

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 unit Rumah Bina Negara (RBN) RISDA dan 141 unit RBN FELCRA untuk belia luar bandar siap dibina di seluruh negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pihaknya turut meluluskan 158 daripada 1,626 permohonan RBN RISDA dan daripada jumlah berkenaan, 81 unit sedang dibina.

“Permohonan RBN FELCRA adalah sebanyak 1,675 dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,183 permohonan di sembilan lokasi seluruh negara diluluskan manakala 123 unit lain dalam pembinaan.

“Dua projek membabitkan 318 unit rumah dan dua projek bagi 313 unit sudah memperoleh kebenaran merancang manakala dua projek membabitkan 302 unit diberi kelulusan tapak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN- Sekijang) dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Anuar bertanya mengenai jumlah permohonan diterima bagi pembinaan RBN mengikut agensi bertanggungjawab iaitu RISDA dan FELCRA, jumlah permohonan diluluskan serta perkembangan status pembinaan rumah bagi permohonan yang diluluskan.

Projek perumahan berkenaan adalah inisiatif Transformasi Luar Bandar di bawah KKLW kepada belia berusia 18 hingga 45 tahun untuk mewujudkan perumahan generasi kedua luar bandar.

http://www.bharian.com.my/node/262427

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts