You are here
berita 

13 bayi Tahun Baru 2017 di HKL

Quote:

Kuala Lumpur: Sambutan tahun baru 2017 di ibu negara diserikan dengan kelahiran 13 bayi setakat 2 petang hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Pakar Obstetrik dan Ginekologi HKL, Dr Nor Liza Hassan berkata, bayi terbabit terdiri lapan lelaki dan lima perempuan

“Bayi pertama dilahirkan pada jam 12.28 tengah malam tadi iaitu anak kepada pasangan berbangsa Cina seberat empat kilogram yang diberi nama Lim Bow Men,” katanya ketika ditemui di Wad Bersalin HKL, di sini hari ini

Sementara itu, ibu bayi terbabit, Kuan See Yan, 32, berkata, kelahiran anak ketiganya itu dianggap hadiah Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi

“Walaupun saya sepatutnya bersalin pada 23 Disember lalu, namun tidak menyangka anak akan dilahirkan pada tengah malam tadi. Syukur semuanya sudah selamat,” katanya

http://www.hmetro.com.my/node/193351


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts