You are here
berita 

12 Tahun Disah HIV, Rupanya Doktar Tersalah Periksa

SEORANG ibu muda ingin menyaman Kementerian Kesihatan Awam Thailand kerana tersalah mengesahkan dirinya sebagai positif virus HIV ketika usianya lapan tahun.

Suthida Saengsumat yang kini berusia 23 tahun menuntut pampasan daripada pihak kerajaan kerana kesilapan itu telah memusnahkan zaman kanak-kanaknya.

Lapor The Bangkok Post, suri rumah yang berasal dari wilayah Roi Et di utara Thailand itu berkata, dia dipulau oleh rakan-rakan hanya kerana penyakitnya itu.

“Setiap malam saya menangis seorang diri di rumah. Wang tidak mampu membayar balik apa yang saya hilang sebelum ini.

“Saya terpaksa berhenti sekolah dan menjadi seorang yang kurang berpelajaran meskipun cita-cita saya ingin menjadi doktor,” katanya.

Wanita terbabit disahkan menghidap HIV pada 12 tahun lalu apabila seorang gurunya membawa dia membuat ujian darah.

Sebelum itu, bapanya meninggal akibat AIDS manakala ibunya pula mengalami penyakit yang serius.

Tanpa membuat ujian kedua untuk pengesahan, Suthida mula mengambil ubat antiretroviral setiap hari.

Selepas berkahwin dan melahirkan anak lima tahun lalu, Suthida mendapati anaknya negatif HIV dan mengambil keputusan untuk melakukan ujian sekali lagi terhadap dirinya sendiri.

Keputusan ujian ketiga mengesahkan Suthida negatif virus HIV dan keadaan itu menyebabkan wanita itu menangis.

“Saya memberitahu anak saya, mulai hari ini kamu tidak perlu berasa malu lagi kerana ibu kamu tidak menghidap AIDS,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Quote:

Derita 12 tahun



Bangkok: Seorang wanita yang tersilap diagnos positif virus HIV pada usia lapan tahun menuntut pampasan dari kerajaan kerana kesilapan itu memusnahkan zaman kanak-kanaknya.

Suthida Saengsumat yang kini berusia 20 tahun menyaman Kementerian Kesihatan Awam Thailand.

Suri rumah yang berasal dari wilayah Roi-et di utara Thailand itu berkata, ketika sekolah dia dipulau rakan-rakan kerana penyakit itu.

“Setiap malam saya menangis seorang diri di rumah. Wang tidak mampu membayar balik apa yang saya hilang sebelum ini,” katanya.

Suthida disahkan menghidap HIV apabila gurunya membawa dia membuat ujian darah kira-kira 12 tahun lalu.

Pihak sekolah bimbang selepas bapanya meninggal dunia akibat Aids dan ibunya mengalami penyakit yang serius.

Dia tidak membuat ujian kedua untuk pengesahan dan sejak itu mula mengambil ubat antiretrovirus setiap hari.

Walaupun percaya dia menghidap Aids, Suthida berkahwin dan secara tidak sengaja hamil sebelum melahirkan anak lima tahun lalu.

Selepas ujian HIV terhadap anaknya negatif, Suthida memutuskan mengambil ujian itu untuk dirinya sekali lagi dan terkejut apabila mendapati dia bebas virus berkenaan.

Keputusan ujian ketiga kelmarin mengesahkan Suthida negatif virus HIV dan keadaan itu menyebabkan wanita itu menangis.

“Saya memberitahu anak saya, mulai hari ini kamu tidak perlu berasa malu lagi kerana ibu kamu tidak menghidap Aids,” jelasnya.

https://www.hmetro.com.my/global/201…erita-12-tahun


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts