You are here
berita 

12 cedera, trak pikap rempuh penonton perarakan Mardi Gras

POLIS mengawasi kawasan sebuah trak pikap merempuh orang ramai yang menonton perarakan Mardi Gras di New Orleans

Quote:

NEW ORLEANS: Sekurang-kurangnya 12 orang tercedera selepas sebuah trak pikap merempuh orang ramai yang menonton perarakan Mardi Gras di sini semalam, kata polis kepada media tempatan

CNN melaporkan, antara yang cedera termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun

Menurut laporan laman web NOLA.com, angka penonton yang cedera ketika menyaksikan perarakan Krewe of Endymion itu dijangka meningkat

Setakat ini seorang lelaki ditahan dan polis berkata, kejadian tiada sebarang kaitan dengan tindakan keganasan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/253207


Quote:


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts