Ular sawa baham ibu dan anak kambing sekaligus di Maran

Penduduk kampung berjaya menangkap ular sawa yang menelan ibu dan anak kambing di sebuah ladang di Felda Bukit Tajau, Maran Khamis lalu.

KUANTAN – Seekor kambing betina seberat 30 kilogram (kg) dan anak haiwan berkenaan seberat 10kg dibaham seekor ular sawa di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Bukit Tajau, Maran di sini Khamis lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu disedari pemilik ternakan itu, Che Haiziz Che Mustapha, 37, sewaktu dia pergi ke kandang kambingnya yang terletak di ladang berkenaan.

Menurut Che Hazizi, ketika sampai di situ dia terkejut melihat seekor ular sawa yang kekenyangan berada di tepi pagar dalam kawasan kandang kambing.

Quote:






Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as…#ixzz4RnP3ylYd